Dengan lafaz bismillah aku memulakan coretan aku untuk kali ini. Hidup aku aku tak pernah lekang dari kenangan. Kenangan mengajar aku erti kesabaran, kenangan juga mengajar aku erti kehidupan. Aku juga belajar erti persahabatan melalui kenangan. Begitu banyak nya jasa kenangan dalam hidup aku.
Tanggal 01 Ogos 2006 bermulanya karier aku di XYBASE. Terima kasih XYBASE kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk mempamerkan sekaligus mengimplementasikan kemahiran yang telah aku pelajari bertahun lamanya di sebuah institute pengajian tinggi awam di penghujung bumi
ZULFA, ADIEL, HANIN, NISSA dan AIDA
Aku bukanlah seorang yang begitu ramah. Aku perlukan sedikit waktu untuk memulakan sebuah perhubungan. Maksud aku hubungan persahabatan. Namun ia juga bergantung kepada gerak hati kecil ku ini. Kadang-kadangn aku memerlukan waktu yang agak panjang dan seringkali jugak aku begitu mudah untuk mesra dengan seseorang untuk jangka waktu yang singkat.
Aku mula mengenali ADIEL, Omrah dan HANIN bila kami telah di arahkan untuk masuk training bersama. Setelah training tersebut berakhir, aku, ADIEL, ZULFA, NISSA dan HANIN menjadi semakin rapat. (ADIEL, aku pernah dan sehingga kini aku masih lg mengkagumi kau. Atas sebab apa penghargaan aku tu, biarlah hanya aku yang tahu. Dan aku sayang kau sebagai teman yang pernah rapat ngan aku.)
Akhirnya ADIEL meninggalkan kami di XYBASE setela di lamar Universiti Malaya untuk bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat. Tinggallah aku, ZULFA, HANIN dan NISSA.
ZULFA, HANIN, NISSA dan ADIEL (Aku tak ader dalam gambar sebab aku yang jadi tukang snap)
Aku, HANIN, NISSA dan ADIEL
Gambar first and last gadering after ADIEL keluar dr XYBASE. Gambar ni di ambil di OU. Masa tu, ADIEL belanja kitaorang makan pizza. Kini ZULFA, HANIN dan NISSA juga mengikut jejak langkah ADIEL meninggalkan aku bersendirian di XYBASE.
SECRECT ADMIRE
Aku juga mempunyai seorang SA atau Secrect Admire. Aku begitu admire mamat ini. Aku kenal dia ketika kami berada di dalam satu bilik training yang sama untuk memenui prasyarat XYBASE tyang mengkehendaki setiap staff baru menduduki training QMO. Aku tak mengenali SA aku itu. Yang aku tau, position dia adalah TSS. Aku tetap suka dia walaupun dia tak ada di depan mata aku. First time dengar nama dia, dengar suara dia, aku dah jatuh suka dengan dia. (ketahuilah teman-teman, aku memang betul-betul menyukai dia) Namun aku tak pernah bersuara menyatakan aku suka pada dia. Sementelah lagi aku tidak pernah bertegur sapa dengan dia, Hanya sesekali berbalas senyuman sekiranya kami bertemu. Namun untuk memperolei sebuah pertemuan secara kebetulan memang agak susah apatah lagi pertemuan yang dirancang, adalah lagi mustahil. Ada di antara teman-teman rapat aku tahu siapa dia SA aku itu itu pun setelah hampir setahun lebih aku menyukai dia, baru aku beritahu teman-teman. Ermmm…sayangnya, si dia juga telah meninggalkan aku di XYBASE sendirian beberapa bulan yang lepas. Aku tak punya gambar dia, namun aku punya kenangan yang tersemat di hati.
Aku dan kenangan akan bersambung lagi......