July 30, 2009

tEmPO BeRkUrUnG dAh TaMaT

tiba2 tergerak ati nk bukak balik blog neh. dah kusam n bersawang dah. insyaAllah, jika ada kelapangan aku akan update selalu kat cni. tempoh 'berkurung' telah pun tamat dengan rasmi nya hari ni.


30/07/2009 : 9.40pm

January 7, 2009

gonna miss them..

huwaaaa....nk toyak lu...

next week merupakan week yg terakhir my boypren2 kijer kat cni.
pasne derang akan balik tempat asal derang...huuuhuhuhu..
pastinya pas ni aku akan merindui derang...huhuuuhu...

yg paling x best nyer...salah sorang (yg paling aku suka) akan balik sana jemaat ne.
awai seminggu dr yang len.

derang akan balik ke sana n x kan kembali semula coz my team ekceli hanya pinjaman sementara utk pojek neh. aku harap sgt2 pas neh leh jumpa derang semula....

uhuhuhuhuhuhuhu

hepi new year

ermm.. dah lama aku x update my blog merapu neh.

ekceli lum late g tuk wish SALAM MAAL HIJRAH + EPI NEW YEAR tuk suma...

PEACE MUAH AGOGO

December 12, 2008

scary..

oh my god..
aku baru jer dpt berita.. one of my team (iol n cna) in love with me...
nonsense....
hahahahha........

aku rasa mende neh x seharusnya berlaku. ermm mungkin aku yg tersilap sebab terlalu baik dengan mereka. memang azali aku sebegini. it's not my fault ok.

God.. please help me.
now i'm scared to be more friendly ngan depa.
may b after dis aku kene garang2 ngan depa kot...hahahaha

and aku jugak dpt bad news malam neh.
team aku (cna) may b akan balik ke sana and x kan kembali semula.
i'm gonna miss them.

serius..this is first time aku deal ngan team yg not malaysian. i like n i love my team. sama mcm team aku (malaysian team) sebelum neh. tp yg kali neh special sket sebab....... biarlah hanya aku yg tau....

cont.....


December 1, 2008

MoRaL DoWN

ermm..ari ni moral aku down giler2. ingatkan bermula bulan disember aku akan lebih ceria. tp...sebaliknya pulak.... bulan november lalu, merupakan bulan yang betul2 menguji kesabaran dan keimanan aku.... Alhamdulillah aku berjaya lalui segalanya dengan penuh kesabaran....

November 21, 2008

aKu & iNtErbIu

terkejut x tengok tajuk posting kali neh???
hehhehe...pada kawan2 yg kenai aku tu, mesti terkejut badak gak kan.
sebab aku neh seorang yang amat payah nk g tebiu.
tp itu lah hakikatnya. aku dah g tebiu 2 minggu yg lepas.
tu pun lepas kene paksa.
haaahahhaha..
sapa yang paksa aku???

intan : aida....ang tamo carik kijer lain ka?
aida : ader niat..p lum lg la..awat?
intan : company aku nk pakai programmer....ang try la
aida : ala..aku maleh la nk g tebiu....lum tergerak ati g...

intan : ala...mai la resume ang...

aida : nnti aku kasik ek...

intan : ok....



itu perbualan aku ngan intan 2 minggu sebelum tu.... setelah beberapa sesi perbualan aku ngan intan...ini yang terakhir..sebelum aku terjebak ngan tebiu ne...hehhehe

intan: aida...meh resume ang...
aida: sat..aku x update g..t jap g aku kasik...

intan : ok...


intan : wei..mana resume ang? hr aku dah tanya neh?
aida : sat2 aku bz sgt2 neh. x sempat nk update...

intan : ala bagi ja...wei nnti bagi sebelum pukui 6 tau...
aida : ok..ok....


maka aku pun send la resume tersebut kat intan.....dalam 10 ke 15 minit, aku dpt phone kol dr kompeni dia suh mai tebiu. nak d jadikan cerita, kebetulan aku kene g site esok tu...so aku pun amik kesempatan la...hahahaha...p tu pun sbnrnyer sajer jer....nk jaga ati intan...(kan intan kan...)


aku g tebiu without any preparation...hahahah..padan muka aku...citer tebiu neh baru nk mula...haaa...kat atas tu intro jer...muhaaaa
masuk2 opis tu..aku dia kasik 2 set soklan..1 set utk java n 1 set lg IQ test... aku pun jawab la soklan2 tu. after siap yg java tu...aku wat la yg IQ lak....... then setelah menunggu lebi kurang sejam...interviwer dia mai la 2 org...sorang laki sorang pompuan. yg laki tu kalau x silap aku nama dia john. pastu depa mai perkenalkan diri...yg bestnyer depa x tgok pun sijil2 aku..wat penat aku bawak jer.

part yang betui2 best,......1st taim aku g tebiu dia tanya balik soklan yg aku jawab tu. terkujat aku. aku dah la x prepare langsung. almost soklan java n IQ test tu aku jawab betui. (alhamdulillah...aku d kurniakan Allah otak yang agak2 cerdik..ehek...). satu soklan (oral) pun aku x le nk jawab ngan betui. sebab apa????


1) aku gabra
2) aku memang failed bab explanation

3) bab2 teori aku memang failed

4) communication failed

5) xder self confident
6) AKU X TAU NK XPLAIN CAMNER. SEBAB AKU MEMANG XTAU

ader soklan2 teori aku dpt jawapab dr nurun..thanks nurun ek.....hehehe
aku sebenaryer malu dah nk ngaku aku neh developer java...huuuuu..... the moral of the story yg aku dpt dari pengalaman tebiu neh...
1) jangan belagak pandai (macam aku)
2) do preparation well sebelum wat aper2
3) lakukan lah sesuatu tu dengan ikhlas hati..


muhahahah..sekian la citer tebiu aku...

November 10, 2008

AkU dAn kEnAngAn II

Ermmmm...dah lama aku sambung cerita kenangan aku kan....muhahahah...bukan aper, semenjak 2 menjak ini, masa begitu mencemburui aku. well...citer tu dah ader..tinggal untuk d tepek jer..muhahahhaha....kepada kawan2, maaf kerana apa yang bakal aku ceritakan disini akan mengganggu sensitiviti kalian semua. Ermmm..aku x kesah sebab ini cerita aku...kenangan aku....hehhehehe...sama ada suka atau tidak, hanya aku yang berhak menentukan... kenangan aku dan keluarga MIDA...

MIDA TEAM

Teman-teman aku di team mida seringkali bertukar. Aku bermula dengan sebuah team yang kecil. Aku, KIM HUA dan ZULFA dan mumtaz. Namun kehadiran mumtaz tidak lama. Hanya untuk 2 bulan sahaja. SEpeninggalan mumtaz, kami kembalil bertiga. Awal tahun 2007, team kami telah bertambah bilangan ahlinya dengan kehadiran MILIA. Tidak lama selepas kehadiran MILIA, kami diarahkan untuk beralih angin dari tingkat 12 bangunan Ambank ke tingkat pertama menara lien hoe. Aku masi ingat lagi, semasa di tingkat 12 bangunan ambank, tempat ZULFA sering di jadikan ‘port’ untuk mengular, mengumpat dan seangkatannya. Boleh dikatakan tempat ZULFA merupakan tempat untuk menghilangkan kebosanan.

Tidak lama selepas kami berpindah ke menara lien hoe, iqbal menyertai kami. Tak berapa lama selepas kehadiran iqbal menyertai kami, zulfa mengambil keputusan untuk beredar mencari peluang pekerjaan yang lebih sempurna untuk dirinya. Tinggallah aku, milia, iqbal dan kim hua meneruskan pembentukan keluarga MIDA.

Keluarga Pertama MIDA

Kira-kira dua bulan selepas perpindahan zulfa, hani dan nazrul pula menyertai kami. Dengan kehadiran hani dan nazrul, bermula lah era keseronokan keluarga MIDA. Aku betul2 merasa seronok. Kami bergurau senda, usik mengusik, bekerjasama menjadikan tekanan kerja tidak begitu terasa. Kesepakatan, keserasian wujud antara kami. Begitu juga setelah kehadiran mira dan jai menyertai kami. Mira dan jai di pertanggungjawabkan untuk menyelesaikan permasalahan report. Manakala aku, kim hua, milia, iqbal, nazrul dan hani pula merupakan keluarga java.

Keluarga Java

Kenangan membonceng skuter hani masih lagi segar di ingatan. Begitu juga dengan perjalanan pergi dan balik office dengan kereta kelisa milia, PFC9001. juga kereta proton AEM iqbal dan juga kereta wira jai. Kadang2 kalau aku terasa ingin pergi awal ke office aku akan msg jai untuk tompang dia…… aku ni hanya mampu menompang orang sahaja….haaahaha..bagi aku itu satu keseronokan sebab secara x langsung membuatkan aku semakin rapat dengan empunya kenderaan itu.

Antara jai, milia, nazrul, hani, amira dan iqbal, aku pernah bergaduh dengan iqbal…kan kebal kan? Kami dan mira pada masa tu tak begitu rapat. Kerana mira selalu dengan agendanya tersendiri..heheheh… berbalik pada permasalahan aku dan iqbal..ermmmm..sebenarnyer isunya kecik jer. Keegoaan masing2 membuatkan permasalahan itu nmpk begitu besar. Aku sebagai kakak ego untuk mengalah dengan adik yang lebih muda. Manakala bagi iqbal pulak, mungkin di sebabkan aku perempuan dan aku yang memulakan pertelingkahan itu, seharusnya aku yang mengalah. Kelakar betul bila mengingatkan tentang itu. Hani plak merupakan orang tengah. Padahal sepatutnya aku di tengah2 kedudukan hani dan iqbal. Jai, milia dan nazrul mengambil langkah untuk tidak masuk campur. Ekceli bagus gak derang x campur. Tah haper2 jer kan. Gaduh2…x bercakap lebih kurang sebulan ke 2 bulan aku rase. Hari2 bersua muka. Tp masing wat derk jer…ahhahaha…bodoh pulak rasenyer aku masa tu..muhahahha

Dalam masa bergaduh tu, aku di kejutkan dengan berita ayah kesayanganku di masukkan ke wad hospital kuala kangsar. Masa tu aku rase cam gelapnya dunia. Andaikata sesuatu terjadi pada ayah aku……..ermm entah la..aku belum bersedia untuk kehilangan ayah. Sebelum ni ayah pernah beberapa kali di masukkan ke wad, tapi masa tu ayah kemalangan. Cuma pada kali ini, kami sekeluarga bingung kerana ayah yang kelihatan sehat tidak semena mena terlantar di katil hospital.

Setiap minggu aku akan pulang ke kampong untuk menunggu ayah di wad. Tak dapat aku nk gambarkan perasaan aku semasa menemani ayah di wad itu. Seringkali ayah aku seolah2 hilang kewarasan fikiran. Bermula detik itu, sehingga hari ini, ayah tidak lagi bekerja. Aku mengambil alih tugas ayah menyara keluarga. Dalam keperitan hidup..aku berbangga……kerana didikan ayah selama hari ini membuatkan aku begitu tabah mengharungi kehidupan…chaiyuk….

Eh aku ni dah melalut lak..nk cerita pasai keluarga MIDA,g cerita pasai keluarga AIDA lak…ahahahha…. Dalam masa aku kalut ulang alik ke kampong dek keadaan kesihatan ayah, aku telah di minta untuk menggantikan kim hua (team leader) untuk memberikan demo system MHS yang telah kami bangunkan untuk pertama kalinnya kepada pihak MIDA. Perasaan aku berbaur2. takut, bimbang, semua ada, di sebab kan keterpaksaan itu juga, aku dan iqbal berbaik semula. Ermmm ada hikmahnya juga…hehheheheh….

Pada hari demo tersebut, aku hanya di temani teman2 tanpa manager2 dan tema leader aku yang bercuti. Daddy pula di shanghai atas urusan kerja. Semasa pembentangan tersebut kami telah di terjah dengan berbagai2 soalan. Aku bangga kerana tanpa keadiran manager2 kami masih mampu berdiri untuk menjawab segala persoalan yang di kemukakan oleh MIDA. Terima kasih teman2, nazrul, hani, milia, iqbal, jai dan amira. Tak lupa juga zuriani dan intan. Terima kasih yang x terhingga. Dalam pada itu aku merasa begitu tekilan kerana semasa pembentangan kami itu, ada pekerja senior dari xybase dan juga manager baru kami tidak langsung membantu. Dan yang lebih menyedihkan, manager tersebut melarikan diri keluar dari bilik training semasa kami di soal bertubi2. rasa respek aku pada dia hilang serta merta. Dia tidak menunjukkan cirri kepimpinan di dalam diri dia. Begitu juga dengan pekerja senior tersebut. Sepatutnya mereka membantu kami yang masih mentah ini. Tapi sebaliknya…..kesal ku yang tak terhingga dengan kelakuan mereka.

Selepas pembentangan itu selesai, untuk pertama kali aku membelanja mereka semua KFC. Sebenarnya, itu merupakan janji aku kepada jai dan nazrul di atas bantuan mereka membolehkan connection diantara MHS dan crystal report. Sekali lagi, terima kasih teman2.

Keluarga MIDA bertambah dan berkurang. Hani akhirnya menyertai GOMEN sekitar bulan ogos 2007. kehilangan hani diganti dengan kehadiran ajib, azie, nurun dan nadia. Tidak berapa lama kemudian team kami telah di pecahkan kepada 2. aku, nazrul, nadia dan azie kekal di MIDA manakala iqbal, ajib, nurun dan milia di pertamgungjawabkan untuk menerajui projek baru iaitu BLESS. Jai dan mira jugak meninggalkan kami untuk ,menyertai projek ARB.

Pada awal pepecahan team itu, aku berasa begitu sedeh, kerana keluarga MIDA yang berkurangan. Tidak cukup dengan permergian teman2 menyertai BLESS, azie dan nadia pula di arahkan menyertai BRITESOFT untuk menyelesaikan module EO dan OD. Tinggallah aku, nazrul dan kim hua.

Lama kelamaan aku semakin immune dengan keadaan tersebut, aku semakin rapat dengan kim hua dan nazrul. Sepanjang aku mengenali nazrul dan kim hua, aku begitu menyenangi mereka berdua. Pada aku kim hua merupakan team leader yang paling best yang aku pernah bekerja. Tidak pernah lokek ilmu dan juga seorang yang bertimbangrasa walaupun ader orang yang mengatakan dia macam2, pada aku..aku lebih mengenali kim hua dari “kau” wahai teman. Aku sedia menerima segala teguran yang diberikan oleh kim hua untuk peningkatan diri ini walaupun kadang2 bebelannya menyakitkan telinga…hahahaah…macam pakcik2 suka membebel. Satu pesanan yang aku ingat smpai sekarang..”work is work..kita kerja untuk diri sendiri..jangan pikir orang lain.” Thanks a lot kim hua…I akan ingat kata2 you ni sampai bila2.

Nazrul pulak, pada aku seorang yang senang di ajak berunding dan berbincang sekiranya kene pada masanya. Pada aku…dia tahu membezakan urusan kerja dan peribadi. Sepanjang aku bekerja dengan dia..dia x pernah mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi. Dia jugak tidak pernah lokek ilmu Cuma kadang kelihatan sedikit misteri. Dia pernah berjanji sesuatu pada aku..dan dia juga telah kotakan janji tersebut. Apabila minta di ajar..tidak pernah lokek ilmu. Terima kasih nazrul…nazrul akan menamatkan zaman bujang nya pada hujung tahun ni. Tahniah nazrul…selamat pengantin baru..semoga kekal ke akhir hayat.

Selepas beberapa hari umat islam berpuasa pada tahun 2007, anie menyertai kami. Kemudian aku telah di arahkan untuk menyertai projek BLESS…pada mulanya aku begitu teruja kerana aku boleh kembali kepada teman2 lama. Namun, keterujaan aku berakhir setelah aku menyertai mereka. Maaf teman2. sangka ku, kemesraan yang dahulu masih mekar, namun harapan aku hanya tinggal harapan. Kemesraan itu semakin pudar. Aku tidak tahu di mana silapnya. Aku merupakan orang baru untuk mereka. Itu yang aku rasa. Senyuman aku hanya mainan bibir. Aku kembali berpura2. tekanan begitu terasa. Hampir setiap hari aku menitiskan air mata. Menangis kerana sakit hati, terasa hati, tekanan kerja…segala2nya. aku begitu merindui Susana kerja di menara lien hoe. Selepas 5 hari baru senyuman mampu ku ukirkan. Dengan kehadiran teman2 dari menara lien hoe, aku mampu untuk tersenyum. Semangat aku juga telah kembali.

Sepanjang menyertai mereka 3 minggu, lebih banyak kesedehan yang aku rase berbanding kegembiraan. Itu hakikatnya. Sekembalinya aku ke menara lien hoe, aku mendapat perkhabaran yang tidak enak. Aku tidak kesahkan perkhabaran itu, Cuma yang aku kecewa cara berita itu di sampaikan. Ini kali kedua “dia” menyampaikan sesuatu pesanan pada aku. Maaf teman, menurut penilaian aku..”kamu” harus belajar bagaimana caranya untuk menegur kesilapan orang lain. “Kamu” harus tau bagaimana menangani perasaan orang lain. Aku begitu terkilan akan cara penyampaikan “kamu” itu. Mungkin cara penerimaan aku,” kamu” bebas sewenang2nya menyatakan apa pun. Walau apa pun..terima kasih teman.

Akhirnya aku kembali kepada nazrul dan kim hua.Tidak berapa lama kemudian, mereka di team BLESS kembali menyertai aku di lien hoe. Sejujurnya, aku tidak pernah mengharapkan kembalinya mereka ke team aku. Kejam kan aku? satu ketika dahulu aku begitu mengarapkan keluarga besar MIDA di satukan kembali. Tapi dengan pengalaman yang aku lalui sepajang tempoh 3 minggu, juga waktu2 sebelum mereka kembali ke menara lien hoe, aku dah semakin serasi dengan keadaaan itu. Keadaan sunyi sepi..hahahahha…

Tapi perasaan itu tak lama…aku kembali gembira dengan kehadiran mereka. Tidak lama kemudian, kim hua meninggalkan kami. Kemudian dzul dan thaibah menyertai kami. Pada aku dzul serang yang mungkin nmpk matang pada pandangan luaran. Sebenarnya masih terlalu goyah jiwanya. Kenapa aku berkata demikian? Nanti akan aku ceritakan. Setelah itu Nadia pula meninggalkan kami. Tentang nadia tidak dapat aku huraikan kerana kebanyakan masanya di habiskan di BRITESOFT.. setelah nadia meninggalkan keluarga MIDA, berlaku sedikit pertelingkahan antara aku dan iqbal. Sebenarnya bukan pertelingkahan mulut, Cuma rasa kurang senang dan juga terasa hati. Mungkin kesilapan itu berpunca dari aku. terus terang aku katakana…aku memang tidak berniat untuk menjemput iqbal menyertai perbincangan aku dan teman2 yang lain. mungkin itu yang membuatkan dia terasa hati. Pada mulanya aku tak tahu akan keadaan itu. Maafkan aku adik, sebab sebagai orang yang lebih tua, tidak peka dengan keadaan adik2 nya. memang jelas kemarahannya di tujukan pada aku…aku terima seadanya. Sebagai kakak, aku cuba untuk beralah, cuba juga untuk memujuk..namun umpama menyimbah minyak pada api yang marak. Aku begitu terasa hati dengan kata2 yang pernah dia sms kan pada aku. dan aku masih ingat lagi katak2 itu smpai sekarang.maaf…… kata2 itu juga ,membuatkan aku lebih berhati2. dan yang menyedihkan aku..iqbal meninggalkan keluarga MIDA tanpa pamitan. Walau apa pun..aku tetap mendoakan kejayaan kau.

Ekceli sekarang ni..aku dah baik balik ngan dia. Baik sebagai kawan dan juga kakak. Pada aku, kalau di lihatkan orangnya, iqbal ni seorang yang baran, juga garang, mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarganya. Sumtaim kelihatan agak keanak2 kan. Juga seorang yang mudah untuk di tegur tapi kene dengan caranya. Aku suka berkawan dengan dia, kerana bagi aku dia sudah aku anggap seperti adik aku kerana aku juga mempunyai adik lelaki yang sebaya dengan dia dan perangai lebih kurang dia walaupun dia tidak pernah memangngil aku dengan panggilan kakak. Mungkin teman2 lain melihat layanan aku kepada dia agak istimewa sedikit berbanding yang lain, namun itu tidak bermakna aku mempunyai perasaan yang lain. Aku suka cara dia menangani masalah kerja, tapi bukan emosi dia. Dia juga kadang2 terlalu baik, sedia untuk membantu bila di perlukan. Cuma kadang2 aku rimas dengan kebaikan dia. Hahahah…..memang aku sayang dia, namun sayang aku tidak pernah melampaui batas.

Nazrul juga meninggalkan keluarga MIDA pada tanggal lahir aku bagi tahun 2008. untuk pertama kali juga aku menyambut ulang tahun kelahiran aku bersama teman2. juga pertama kali nyanyian “hepi birthday” berkumandang semasa ulang tahun kelahiran aku. kenangan terindah 2008.

Sepeninggalan nazrul, anie dan thaibah membantu nizam untuk projek CRM. Dalam diam rupa2nya, dzul dan anie berpacaran. Hahaaha…anie dan ibah juga meninggalkan kami. Kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan juga tekanan yang di berikan oleh nizam. Aku terkilan kerana mereka tidak pernah memberikan ruang dan peluang untuk aku membantu. Aper2 pun….gud luck k.

Setelah anie berhenti, dzul juga ingin menurut jejak anie kerana katanya telah hilang semangat. Pada dzul, aku inginkan sampaikan pesanan, ‘work is work, x der kaitan dengan orang lain’. meski pun aku tau anie merupakan semangat dia untuk bekerja di xybase, namun semangat itu bukan segala2nya. bagaimana kau nak mengharungi cabaran yang mendatang sekiranya permasalahan hati menjadi perkara utama dalam kehidupan? Fikir2kan lah.

Jai juga meninggalkan xybase. Sepanjang aku mengenali jai, dia seorang yang baik, kuat makan..kuat membebel…hahahhaha..tapi best kawan ngan jai ni. Walaupun mulutnya sumtaim macam makcik2 sket, namun kata2nya ader kebenaran walaupun kadangkala berbunyi pedas..honestly jai…saya suka kawan ngan awak….saya hargai perkenalan dan kemesraan kita di xybase..ermmm…nk makan nasik minyak jangan lupa sy ek…kim salam sy kat c dia…peace muah…

Satu demi satu ahli keluarga mida bertukar ganti. Bulan ogos 2008, sofrina menyertai kami, namun milia dan azie pula meninggalkan kami. Sepanjang bekerja dengan milia, aku suka cara dia bekerja. Satu ketika, milie merupakan semangat aku untuk terus bekerja di XYBASE. Dengan azie pulak, aku kurang mengenali cara kerjanya. Aku hanya mengenalinya di rumah. Dia merupakan teman rumah ku. Seorang adik yang nakal. Namun pertelingkahannya dengan teman serumah ku yang satu lagi membuatkan hubungan kami retak. Akak x pernah marahkan azie. Cuma sedikit terkilan kerana Azie semakin menyepi dengan tidak pernah cuba untuk menjernihkan keadaan. To milia dan azie….best of luck untuk korang suma.

Yang paling terbaru….nurun meninggalkan aku seminggu yang lalu. Bekerja dengan nurun begitu mudah. Kerana bagi aku…nurun seorang yang cepat belajar..dan juga seorang adik yang baik. Nurun…saya rindu nk bergosip dengan awak….uhuuuhuu…

Kini tinggal lah aku dan sofrina juga mira.…..tak tahu sehingga bila ia nya akan bertahan. Dan aku masih lagi setia di sini. ……..

Untuk teman2 yang pernah berganding bahu mengembleng tenaga bersama aku….terima kasih aku ucapkan. Dan semoga kalian tidak serik mengenali diri aku…….terima kasih..dan best of luck untuk semua….SAYANG KORANG SEMUA…..


PEACE MUAH AGOGO…..