June 6, 2008

hAtIkU bErbIsIk..

Bila Hati Mula Berbisik

Bila hati mula berbisik
Aku umpama simpulan rerambut
Yang dililit oleh 1001 akar kehidupan
Ramuan bidai perkongsian hati
Kusut dalam kejernihan
Seorang yang bernama perasaan

Bila hatimu berbisik
Adakah aku manusia itu
Yang cekal dalam kedayusan
Yang sabar dalam kemarahan
Yang indah dalam kepahitan
Yang diam dalam kepetahan

Firasat ku disiat
Bila hati kita berbisik
Bersama suatu keasingan
Yang sukar di satukan

Bila hati mula berbisik
Apakah aku manusia itu
Yang resah dalam penantian
Yang menangis dalam keriuahan
Yang mengharap dalam ketidakpastian
Yang kabur dalam erti kehidupan

Impian di ppilin
Bila hati kita berbisik
Dalam jiwa badan boneka
Yang payah di mengertikan

Bila hati mula berbisik
Mengapa aku manusia itu
Yang menjerit dalam kebisuan
Yang berjenaka dalam kesedihan
Yang mati dalam kehisupan
Yang asing dalam keramaian

Harapan tinggal kenangan
Bila hati kita berbisik
Tepuklah dada dan tanyalah kisahnya...


BILA HATI MULA BERBISIK bukan kata2 yang di zahirkan oleh aku. Ia sebuah ungkapan yang tertulis di dalam sebuah novel satu masa dahulu. Maaf penulis, aku cuma ingin meminjam kata2 mu ini kerana ia amat puitis untuk aku.

ermm....bila hatiku berbisik...angan dan realiti menjadi harapan.
bila hatimu berbisik....angan menjadi realiti..realiti bertukar anganan...
bila hati kita sama-sama berbisik..aku semakin keliru dengan percaturan hidup ini....



No comments: