hi there...ari ni aku nk kongsi g mutiara2 kata yg aku amik dr member2...
~Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
~Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
~Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya
~Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
~Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
~Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
2 comments:
syahdu! syahdu! terpaksa la tido cam neh :P
syahdu? ermm..aper yg syahdunyer inche jai? hahahhahha
Post a Comment